Tarikh : 19 April 2018 Lokasi : SMK Tagasan Semporna Peserta : 518 Pelajar |
Tujuan
Program Jelajah Didik ICT (JDI) telah dijalankan pada 19 April 2018 bertempat di SMK Tagasan Semporna. Seramai 518 orang pelajar yang menghadiri program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Program ini dijalankan dua sesi bagi setiap dua jam yang pertama.
Aktiviti
Program ini menjurus kepada pengenalan Advocacy Klik Dengan Bijak (KDB) dan menekankan isu berkaitan pengenalan Pi1M dan Penggunaan Dashboard Komuniti, gejalah Cyber Bully, Cyber Grooming, Cyber Stalking dan Pemalsuan Maklumat. Aktiviti turut diselitkan dengan soal jawab secara spontan kepada para pelajar.
Tarikh :18 Februari 2018 Lokasi : PI Tagasan Tani Peserta : Penduduk komuniti kg tagasan |
Tujuan
Pada tarikh 18 Februari 2018, Komuniti kampung Tagasan tani telah mengadakan Mesyuarat bersama Komuniti Kampung untuk melantik Ahli Jawatankuasa Induk Pusat Internet. Mesyuarat dihadiri oleh Ketua Kampung, JKKK Kampung serta komuniti kampung yang terdiri daripada beliawanis seramai 18 orang.
Aktiviti
Perlantikan AJK ini sebagai persediaan dan persiapan untuk program Hari Perasmian/ Hari Bersama Komuniti yang dijangka berlangsung pada 22 Mac 2018. Antara agenda yang telah dibincangan bersama adalah melantik AJK Makanan, Protokol, Hiasan Pentas, Logistik dan AJK Kebersihan.
Tarikh :25 Februari 2018 Lokasi : PI Tagasan Tani Peserta : 10 Pelajar |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada beliawanis dan pelajar Sijil Pra-Universiti. Tujuan bengkel ini diadakan pada setiap hujung minggu adalah adalah untuk memberi latihan pemantapan diri, memberi pendedahan dan kaedah serta teknik penggambaran.
Aktiviti
Para peserta diajar mengenai asas dan teknik-teknik penggambaran. Peserta juga telah diberikan modul dan nota sebagai rujukan. Terdapat dua sesi dalam pengajaran, sesi pertama jam 10-11 pagi peserta diberi penerangan berkenaan asas fotografi (indoor) sesi ini dijalankan di dalam bilik training. Setelah itu sesi kedua jam 11-12 tgh hari pula peserta di bawa keluar (outdoor) dan diajar secara praktikal tentang cara-cara mengambil gambar dengan betul.
Tarikh : 24 Februari 2018 Lokasi : SMK Bugaya Peserta : 190 Pelajar |
Tujuan
Program Jelajah Didik ICT (JDI) telah dijalankan pada 24 Februari 2018 bertempat di SMK Bugaya Semporna. Seramai 190 orang pelajar yang menghadiri program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4, 5 dan Pra-U.
Aktiviti
Program ini menjurus kepada pengenalan Advocacy Klik Dengan Bijak (KDB) dan menekankan isu berkaitan gejalah Cyber Bully, Phishing, Pemalsuan Maklumat dan Over Sharing maklumat.
Tarikh :21 Februari 2018 Lokasi : SK Pulau Sumandi Semporna Peserta :240 Pelajar |
Tujuan
Program Jelajah Didik ICT (JDI) telah dijalankan pada 21 Februari 2018 bertempat di SK Pulau Sumandi Semporna. Seramai 240 orang murid yang menghadiri program ini yang terdiri daripada murid tahap satu dan tahap dua.
Aktiviti
Program ini menjurus kepada pengenalan Advocacy Klik Dengan Bijak (KDB) dan menekankan isu berkaitan gejalah “Cyber Bully”. Aktiviti yang telah dijalankan asepanjang program ini adalah berbentuk soalan spontan, bengkel ICT iaitu pengenalan kepada penggunaan Komputer/ laptop aktiviti berkumpulan Game Puzzle KDB.