Tarikh : 01 Mei 2019 Lokasi : PI Bum-Bum Semporna Peserta : 25 Peserta |
Tujuan
Mengadakan aktiviti sukan bersama Kluster Pusat Internet Semporna untuk memupukkan silaturrahim bersama komuniti.
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan adalah pertandingan bola tampar, pertandingan dodgeball, pertandingan lari dalam guni, pertandingan sambut tepung dan terakhir adalah pertandingan boling kelapa.
Tarikh : 19 April 2019 Lokasi : Bandar Utama, Pekan Semporna Peserta : 25 peserta |
Tujuan
Explorace KDB bertujuan untuk menguji minda peserta yang terlibat untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan melalui Action Bound Application. aktiviti ini berkonsepkan permainan menggunakan Smart Phone dimana peserta diminta untuk mencari QR Code dan menjawab soalan yang dinyatakan pada setiap stesen.
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan melibatkan 10 buah stesen dan peserta diminta untuk menyelesaikan misi-misi yang telah dirancang oleh pusat internet kluster. aktiviti ini melibatkan lima pusat internet yang bertanding, dan setiap pusat internet akan menghantar 5 orang peserta sahaja.
Tarikh : 06 April 2019 Lokasi : Pusat Internet Kg Tagasan Tani Peserta : 20 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas diadakan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawan di samping peserta dapa merasai pengalaman belajar membuat kek dan roti.
Aktiviti
Kelas bakeri telah diadakan pada 6hb. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada ibu-ibu yang mengikuti program advokasi literasi. Kelas induksi pembelajaran berteraskna penulisan dan pembacaan. Peserta diajar sambil itu tenaga pengajar membuat demonstrasi cara-cara pembuatan kek dan roti.
Tarikh : 17 April 2019 Lokasi : SMK Kabogan II Peserta : 140 peserta |
Tujuan
Memberi ceramah kesedaran kepada pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 3,4 & 5) SMK Kabogan II Semporna. ceramah menyentuh tentang topik keselamatan alam siber, Buli Siber dan Cyber Grooming.
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan didalam program ini adalah ceramah kesedaran, aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK) dan kuiz spontan.
Tarikh : 21 March 2019 Lokasi : SK Terusan Tengah Peserta : 140 Peserta |
Tujuan
Program Jelajah Didik ICT bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa dan pelajar di SK Terusan Tengah tentang penggunaan ICT dan keselamatan penggunaan internet serta peranan Ibu Bapa dalam mengawasi anak-anak dalam talian. Seramai 140 peserta yang terlibat dan 40 orang daripada peserta terdiri daripada Ibu Bapa.
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan didalam program ini adalah ceramah tentang buli siber, online grooming dan peranan ibu bapa dalam memantau anak-anak menggunakan gadget dan internet.