Tarikh : 20 Januari 2019 Lokasi : Pusat Internet Kg Tagasan Peserta : 5 peserta |
Tujuan
Kelas membaca untuk kepada pelajar berumur 6 hingga 9 tahun
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan adalah belajar membaca menggunakan teknik fonic song yang terdapat di youtube selain itu pelajar akan di uji satu persatu sejauh mana pemahaman mereka tentang pembelajaran menggunakan teknik fonic song.
Tarikh : 16 Disember 2018 Lokasi : Pusat Internet Kg Tagasan Peserta : 84 Perserta |
Tujuan
Mewujudkan komuniti sihat dan memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan serta persekitaran yang bersih. Selain itu, menghebahkan kepada seluruh kampung masyarakat terutamanya kepada warga komuniti kampung zon tagasan bahawa di pusat internet juga kita dapat melakukan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan kita.
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan sepanjang program adalah melakukan senaman aerobik kepada semua peserta dan berjalan 10,000 langkah mengikut kategori belia dan veteran. Pertandingan mewarna poster dan brochure bagi kanak-kanak usia 12 tahun kebawah serta pertandingan mencipta slogan kesihatan terbuka kepada warga komuniti. selepas sahaja aktiviti selesai perserta di kehendaki mendengar ceramah kesedaraan( tajuk kesihatan pergigian)
Tarikh : 13 Oktober 2018 Lokasi : Perpustakaan Cawangan Semporna Peserta : 80 Peserta |
Tujuan
Kelas digital marketing bertujuan untuk mengajar dan membimbing usahawan dalam memasarkan produk melalui laman sosial seperti Facebook page, dan instagram. Selain itu usahawan juga di beri copy writing agar iklan-iklan yang di promosikan menarik perhatian umum.
Aktiviti
Seramai 80 peserta usahawan yang mengikuti kelas ini. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti aktiviti dashboard komuniti iaitu tentang penggunaan aplikasi myshop, cabutan bertuah dan perkongsian ilmu usahawan dan perkongsian IKS semporna.
Tarikh : 15 Disember 2018 Lokasi : Padang dan Dewan Masyarakat Semporna Peserta : Melebihi 1000 Orang |
Tujuan
Sambutan Maulidur Rasul merupakan acara tahunan yang di sambut di Daerah Semporna, penglibatan merangkumi Jabatan Kerajaan, agensi kerajaan, NGO serta wakil-wakil kampung yang terlibat. Kampung Tagasan Tani turut menghantar wakil yang terdiri daripada penduduk kampung dan skuad AJK Volunteer Pusat Internet Kampung Tagasan Tani.
Aktiviti
Wakil setiap kampung dan agensi akan berarak membawa sepanduk, dan di hakimi oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) serta program ini di rasmikan oleh Ketua Menteri Sabah ( Yang Berhormat Dato Mohd Shafie Bin Hj Apdal)
Tarikh : 6 Oktober 2018 Lokasi : PI Pulau Bum-Bum Peserta : 35 Orang |
Tujuan
Mengadakan aktiviti sukan bersama kluster pusat internet semporna untuk memupukkan silaturrahim bersama komuniti.
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan adalah pertandingan bola tampar, pertandingan sambut belon berisi air, pertandingan bawa guli dalam sudu, pertandingan tarik tali dan terakhir adalah pertandingan pijak belon yang di ikat di pergelangan kaki.