Tarikh: 28 Januari 2018

Lokasi: PI TAGASAN

Peserta: 8 orang

 

Tujuan

Pada tarikh 28 Januari 2018, PI Kg. Tagasan Tani telah mengadakan Kursus Solekan (Asas) yang dikelola oleh tenaga pengajar Febbylioucx. Kursus ini dihadiri oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pi dan komuniti luar. Objektif utama program ini adalah untuk memberi latihan dan memantapkan penampilan dan keyakinan diri.

 

 Aktiviti

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini adalah peserta diajar cara-cara asas solekan dan tenaga pengajar membuat sesi demonstrasi makeup (Model) kepada para peserta yang hadir. Setelah itu, para peserta pula diminta untuk mengaplikasikan teknik dan pemakaian makeup sendiri. Disamping itu juga, Pengurus Pusat Internet turut menyelitkan sesi penggunaan fb adds sebagai medium mempromosikan produk dan kemahiran masing-masing. Di akhir program, semua peserta bersama team Febbylioucx mengadakan sesi photoshoot dan bergambar beramai-ramai.

 Klik Disini

 

Tarikh   :1 Disember 2017

Lokasi  : Masjid Saidina Abu Bakar Kg. Tagasan Tani 

Peserta : Komuniti Kg. Tagasan Tani

 

Tujuan

Pada tarikh tersebut, komuniti Kg. Tagasan Tani telah mengadakan majlis sambutan maulidur rasul dan cukur jambul sempena menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. betermpat di Masjid Saidina Abu Bakar, Kg Tagasan Tani. Sepanjang majlis berlangsung, Pi1M Kg. Tagasan Tani bersama Pi1M di Daerah Semporna turut turun padang untuk membuat sesi penghasilan dan penggambaran video kluster Menarik Di Semporna dengan membawa tema adat dan tradisi suku kaum bajau Semporna. melalui program ini, masyarakat di luar sana dapat melihat keunikan orang-orang semporna dalam membuat ‘Talian’ dan ‘Mahligai’.

 

Aktiviti

“Talian” diperbuat daripada daun-daun kelapa dan diletakkan sebagai hiasan di dalam masjid sepanjang majlis berlangsung. Begitu juga dengan ‘Mahligai’ yang dihias unik dan cantik daripada pelbagai bentuk replika rumah, kapal, kereta, lori dan sebagainya. Hiasan dari luaran mahligai itu dipenuhi dengan gula-gula, dan makanan ringan. Simboliknya majlis sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk setempat, tetapi juga menarik minat kanak-kanak dan belia muda untuk turut sama mengimarahkan masjid-masjid disekitar Daerah Semporna.

 Klik Disini