Tarikh : 16 March 2019 Lokasi : Pusat Internet Kg Tagasan Tani Peserta : 20 Peserta |
Tujuan
Program ini adalah program belajar membaca fokus kepada ibu-ibu yang tidak mengenal uruf, proses pembelajaran adalah berteraskan konsep 3M (Membaca,Menulis dan Mengira). Program ini di anjurkan oleh pertubuhan Kasih Bonda Semporna (Kids) dengan kerjasama JHEWA dan Pusat Internet Kg. Tagasan Tani.
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan didalam program ini adalah membaca suku kata terbuka dan menulis sebagai latihan didalam kelas.
Tarikh : 23 Februari 2019 Lokasi : Pusat Internet Felda Umas Peserta : 100 peserta |
Tujuan
Memberi ceramah kesedaran kepada komuniti Felda Umas tentang bahaya Scam dalam kehidupan seharian kita. Advokasi ini dibuat sempena Program Hari Bersama Komuniti dan Perasmian Pusat Internet Felda Umas.
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan didalam program ini adalah ceramah kesedaran dan kuiz spontan.
Tarikh : 1 Februari 2019 Lokasi : Sekolah Alternatif, Kg. Bangau-Bangau Peserta : 45 peserta |
Tujuan
Bengkel Asas ICT ini dijalankan untuk membantu dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang ilmu ICT khususnya kepada kanak-kanak yang tidak berpeluang untuk bersekolah di sekolah harian biasa. Bengkel ini telah dijalankan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cawangan Tawau.
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan sepanjang bengkel ini adalah kelas asas penggunaan ICT, melukis menggunakan Paint dan juga kuiz kahoo.it Kanak-kanak yang terlibat berasa amat seronok kerana mereka tidak berpeluang mempelajari kelas ini seperti kanak-kanak bersekolah yang lain.
Tarikh : 16 Februari 2019 Lokasi : Pusat Internet Kg Tagasan Peserta : 6 peserta |
Tujuan
Mempelajari bagaimana membuat Brochure bertemakan " Larangan Merokok". Brochure yang telah dihasilkan menggunakan Microsoft Publisher ( contoh template) dan juga aplikasi canva.com. tujuannya supaya pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran mereka dengan kreatif dan inovatif.
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan sepanjang kelas ini adalah pembentangan power point menunjukkan cara-cara membuat brochure di dalam microsoft publisher. Selain itu, memuat turun gambar bersesuaian dengan tema melalui internet.
Tarikh : 21 Januari 2019 Lokasi : Pusat Internet Kg Tagasan Peserta : 6 peserta |
Tujuan
Kelas asas perjalanan dan perisian komputer dijalankan untuk memberi pendedahan awal tentang asas dan fungsi perkakasan komputer
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan sepanjang kelas ini adalah pembentangan slide dan kuiz kahoot yang menyentuh tentang topik hardware dan software yang sering digunakan.