Setiap kaum yang terdapat di dunia ini mempunyai kelebihan dan keunikkan tradisi dan adat yang tersendiri yang menjadi lambang pengenalan kaum mereka kepada masyarakat luar, terutamanya di daerah semporna kerana majoriti adalah suku kaum bajau. terdapat beberapa makanan tradisi yang unik dan berlainan dengan kaum lain antaranya ialah:

PUTU & TOMPEK/TINOMPEK

 images

Putu merupakan makanan yang agak popular dalam kalangan masyarakat Bajau di daerah Semporna. Makanan ini berasaskan ubi kayu yang sudah diparut dan diperah airnya, putu akan dimasak stim atau dikukus. Masyarakat Bajau lazimnya menjadikan putu sebagai makanan asas menggantikan nasi. Putu biasanya dimakan dengan sagol, kima, tayum, tehek-tekeh dan juga dengan ikan bakar. Ada yang mengatakan rasanya seperti ubi kayu yang dicampur dengan tepung, ianya sedikit kental dan melekit dan selalunya akan dibungkus. Gabungan antara putu dengan makanan laut dikatakan mampu membuka selera makan bagi mereka yang hilang selera. Manakala pulak Tompek Atau Tinompek. makanan ini sama seperti putu yang berasaskan ubi kayu. Beza tompek dengan putu adalah cara memasaknya. Ubi kayu yang sudah dibersihkan dan diparut akan digoreng tanpa menggunakan minyak sehingga warnanya menjadi kekuning-kuningan. Makanan ini juga dikenali sebagai aggang oleh etnik Bajau di Semporna.

 

SAGOL 

Sagol

Sagol adalah Makanan isi ikan yang dimasak kunyit, biasanya hanya beberapa jenis ikan sahaja yang boleh dimasak sagol iaitu ikan yu, pari, kihampau, buntal, tombad dan lain-lain. Lazimnya ikan akan dicelur atau dimasak separuh masak bagi memudahkan isi ikan dihancurkan. Hati ikan akan dihancurkan dan minyak hati ikan inilah yang memberi rasa kepada makanan ini. Masakan ini dibahagikan kepada dua iaitu berkuah dan tidak berkuah. Sagol selalunya dimakan bersama keluarga ketika berkumpul menyambut perayaan.

LATO

download

Lato atau gelaran yang diberi “Anggur Laut” merupakan sejenis tumbuhan laut menyerupai anggur berwarna hijau yang kecil saiznya. Latok boleh didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga dihidangkan di mana-mana restoran seafood di Sabah. Rasanya yang sedikit masin enak dimakan bersama sambal, ikan bakar dan nasi yang masih panas. Tumbuhan laut perlu dielakkan dari terkena cahaya matahari agar ianya tidak layu. Apabila Latok layu, rasanya akan menjadi tidak sedap.