USAHAWAN HOMEMADE LAKSA PENANG

Nama : Nor Asmah Binti Boy
Umur : 30 tahun
Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Asma memulakan perniagaan menjual “Homemade Laksa Penang” sejak awal tahun 2020. Dia hanya menjual dari rumahnya (homemade) menerusi dalam dan luar talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya dia hanya mempromosikan kepada keluarga dan rakan-rakan di tempat kerja melalui atas talian dengan menggunakan aplikasi whatsapp. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, pihak pusat internet memberi tunjuk ajar dengan mempromosikan jualan “Homemade Laksa Penang” secara efisyen iaitu mengunakan facebook dan ruangan Whatsapp yang melibatkan usahawan semporna sebagai medium promosi dan pemasaran produknya. Pendapatan bulanan beliau meningkat sekitar RM300 – RM500 sebulan.

KISAH KEJAYAAN CELIK ICT

Nama : SUHAIZAN BIN GEMUK
Umur : 16 tahun
Ahli

: 2018

 

Latar Belakang

Adik Suhaizan mula menjadi ahli Pusat Internet sejak awal Januari 2019. Dia bersekolah di SMK Tagasan Semporna dalam tingkatan empat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menjadi ahli pusat ekonomi digital, adik Suhaizan hanya tahu menggunakan komputer terutamanya dalam menggunakan Microsoft Office dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli pusat ekonomi digital, Adik Suhaizan telah mengikuti kelas-kelas ICT yang dijalankan di PEDi seperti kelas asas fotografi, video menggunakan Vegas Pro dan mengakses internet tentang pembelajaran secara talian.

Nama : Rosamin Binti Rosli
Umur : 32 tahun
Ahli

: 2019

 

Latar belakang

En. Rosamin Bin Rosli memulakan perniagaan membuat Keropok Lekor Amin dan menjual menerusi online dan offline. Beliau memulakan perniagaan sejak 2019 lagi. Dahulunya dia hanya menjual digerai di hadapan rumah yang terletak di Kampung Perigi. Namun kini telah meluaskan perniagaan dengan menghantar keropok lekor mentah ke kedai-kedai besar seperti gmart (pasar raya).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet En. Rosamin hanya menjual melalui atas talian dengan menggunakan aplikasi whatsapp. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, pihak pusat internet memberi tunjuk ajar dengan mempromosikan perkhidmatan beliau secara efeksyen iaitu mengunakan page facebook sebagai medium promosi dan pemasaran keropok lekor mentah.

USAHAWAN MENJUAL IKAN TIRAM FROZEN

Nama : Rosita Awang Asin
Umur : 46 tahun
Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Puan Rosita memulakan perniagaan menjual “Ikan Tiran Frozen” sejak awal tahun 2018. Dia hanya menjual dari rumahnya (homemade) menerusi dalam dan luar talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya dia hanya mempromosikan kepada keluarga dan rakan-rakan di tempat kerja melalui atas talian dengan menggunakan aplikasi whatsapp. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, pihak pusat internet memberi tunjuk ajar dengan mempromosikan jualan “Ikan Tiram Nifran Frozen” secara efisyen iaitu mengunakan facebook dan ruangan Whatsapp yang melibatkan usahawan semporna sebagai medium promosi dan pemasaran produknya.

USAHAWAN KEDAI MAKAN (GERAI YANG TERLETAK DI KAWASAN RUMAH)

Nama : Nur Alfizah Binti Zakaria
Umur : 24 tahun
Ahli

: 2018

Latar belakang

Adik Nur Alfizah atau lebih dikenali sebagai Fizah, memulakan perniagaan membantu ibunya di kedai makan yang terletak di rumah kediaman mereka. Setelah itu, dia berjinak-jinak untuk mendalami perniagaan dengan menambah pelbagai jenis makanan seperti mee goreng, keropok lekor, dan pelbagai jenis kuih untuk dijual kepada pelajar-pelajar sekolah kerana rumahnya terletak berdekatan dengan sekolah menengah. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, adik Fizah tidak mempunya pengetahuan tentang ilmu perniagaan, dia hanya menjual makanan di gerai secara langsung kepada pelanggan (guru-guru dan pelajar sekolah)

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, adik Fizah banyak mengikuti kelas-kelas seperti kelas ICT, bengkel fotografi dan baru-baru ini dia telah mengikuti kelas usahawan membuat coklat moise dan ais krim untuk menambah lagi ilmu pengetahuannya.