USAHAWAN HOMEMADE LAKSA PENANG

Nama : Nor Asmah Binti Boy
Umur : 30 tahun
Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Asma memulakan perniagaan menjual “Homemade Laksa Penang” sejak awal tahun 2020. Dia hanya menjual dari rumahnya (homemade) menerusi dalam dan luar talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya dia hanya mempromosikan kepada keluarga dan rakan-rakan di tempat kerja melalui atas talian dengan menggunakan aplikasi whatsapp. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, pihak pusat internet memberi tunjuk ajar dengan mempromosikan jualan “Homemade Laksa Penang” secara efisyen iaitu mengunakan facebook dan ruangan Whatsapp yang melibatkan usahawan semporna sebagai medium promosi dan pemasaran produknya. Pendapatan bulanan beliau meningkat sekitar RM300 – RM500 sebulan.