Kampung Tagasan Tani tidak memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik yang boleh menarik tumpuan pengunjung. Adapun tempat –tempat yang sering dikunjungi di kampung ini tertumpu kepada Kampung Kuala Bibang yang terletak berdekatan dengan kampung Tagasan Tani iaitu jarak sekitar 3 kilometer daripada Kg. Tagasan Tani. Kampung ini terletak di persisisan laut dan pengunjung yang datang ke kampung tersebut selalunya melakukan aktiviti memancing, riadah bersama keluarga dan mandi air laut. Selain itu, pemandangan indah pada waktu petang juga boleh dilihat dan pemandangan laut serta view yang menarik untuk mereka yang ingin bergambar atau berswafoto.

Selain itu, kebun penanaman anggur juga terdapat di Kampung Kuala Bibang.  Keunikan struktur tanah membolehkan anggur ditanam dan tumbuh dengan subur. Jika kita lihat di dalam lingkungan Daerah Semporna pula, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik di Daerah ini yang tidak putus-putus menerima kunjungan daripada pelancong bukan sahaja pelancong tempatan malah pelancong dari Negara luar seperti, China, Korea, Jepun dan negara-negara barat yang lain. Pulau- pulau yang menarik di antaranya adalah:-

 

Pulau Bohey Dulang

Bohey Dulang                                 

 

Pulau Sibuan

Sibuan

 

Pulau Mataking

pulau mataking

 

Pulau Sipadan

pulau sipadan

 

Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak

Bukit Tengkorak terletak di SempornaSabah. Ianya terletak di Jalan Tampi-Tampi iaitu berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Tun Sakaran. Kira-kira 12 minit pemanduan dari bandar Semporna. 

 bukit tengkorak

 

Tapak ini merupakan salah satu lokasi zaman prasejarah yang menyimpan pelbagai jenis artifak yang berjaya ditemukan oleh pasukan Penyelidikan Arkeologi Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah.

Kawasan yang terletak 500 kaki dari paras laut ini merupakan sebahagian daripada rim gunung berapi volkanik. Ia juga merupakan tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.

Pengunjung perlu mendaki mengikut laluan kayu selamat yang telah disediakan kerana lokasi tapak arkeologi ini terletak kira-kira 500 kaki dari paras laut.

Berada di puncak setinggi 500 meter ini, anda akan dapat meninjau Perkampungan Tampi-Tampi, Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Omadal dan perairan Semporna.