Kampung Tagasan Tani Semporna mula dibuka secara rasmi pada tahun 1990. Penduduk asal di kampung ini adalah golongan yang berhijrah daripada Kampung Tanggal yang terletak Di Pulau Bum-Bum Semporna. Penghijrahan penduduk dipengaruhi oleh aktiviti sosio ekonomi setempat. Nama Tagasan Tani di ambil sempena nama “Tani” iaitu singkatan daripada “Pertanian”. Perkataan tani merupakan simbolik masyarakat kampung kerana majoriti penduduk di kampung ini menjalankan aktiviti pertanian dan penanaman sawit.

    Kampung Tagasan Tani terletak di dalam lingkungan Kampung Bantayan dan terdapat beberapa kampung yang berdekatan seperti Kampung Tagasan TLDM, Kampung Tagasan Bamboo dan Kampung Sinallang. Jarak Kampung Tagasan adalah 10 KM daripada Pekan Semporna dan mengambil masa 15 minit jika hendak ke Pekan Semporna. Terdapat dua jalan raya yang menghubungkan kampung ini. Selain daripada menggunakan jalan utama, penduduk juga boleh menggunakan jalan altenatif iaitu jalan Tagasan TLDM jika hendak ke pekan.

   Majoriti daripada penduduk Kampung Tagasan Tani adalah beragama islam dan daripada suku kaum bajau. Selain itu, terdapat banyak kemudahan awam yang telah dibangunkan di kampong ini antaranya adalah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), SMK Tagasan, SK. Tagasan, Klinik Desa Tagasan dan terbaru Pusat Internet (PI). hal ini membuktikan bahawa pihak kerajaan begitu prihatin dengan keperluan rakyat di kampung ini.

 

Peta Kampung Tagasan Tani

Untitled