USAHAWAN KEDAI MAKAN (GERAI YANG TERLETAK DI KAWASAN RUMAH)

Nama : Nur Alfizah Binti Zakaria
Umur : 24 tahun
Ahli

: 2018

Latar belakang

Adik Nur Alfizah atau lebih dikenali sebagai Fizah, memulakan perniagaan membantu ibunya di kedai makan yang terletak di rumah kediaman mereka. Setelah itu, dia berjinak-jinak untuk mendalami perniagaan dengan menambah pelbagai jenis makanan seperti mee goreng, keropok lekor, dan pelbagai jenis kuih untuk dijual kepada pelajar-pelajar sekolah kerana rumahnya terletak berdekatan dengan sekolah menengah. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, adik Fizah tidak mempunya pengetahuan tentang ilmu perniagaan, dia hanya menjual makanan di gerai secara langsung kepada pelanggan (guru-guru dan pelajar sekolah)

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, adik Fizah banyak mengikuti kelas-kelas seperti kelas ICT, bengkel fotografi dan baru-baru ini dia telah mengikuti kelas usahawan membuat coklat moise dan ais krim untuk menambah lagi ilmu pengetahuannya.