Nama : JASRIN BIN JAMALUDDIN
Umur : 14 tahun
Ahli : 2019

Latar Belakang

Adik Jasrin mula menjadi ahli Pusat Internet sejak awal Januari 2019. Dia bersekolah di SMK Tagasan Semporna dalam tingkatan dua.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli pusat internet, adik Jasrin tidak mahir menggunakan komputer terutamanya dalam menggunakan Microsoft Office dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, Adik Jasrin telah mengikuti kelas-kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet seperti kelas Microsoft Word, Power Point, melukis menggunakan Paint 3D dan mengakses internet tentang pembelajaran secara talian.

USAHAWAN Warung SMS (Warung Makanan)

 

Nama : Sharizah Binti Anjaani
Umur : 24 tahun
Ahli

: 2019

Latar belakang

Adik Sharizah atau lebih dikenali sebagai Abot, memulakan perniagaan membantu ibunya di kedai makan yang terletak di rumah kediaman mereka. Setelah itu, dia berjinak-jinak untuk mendalami perniagaan dengan menambah pelbagai jenis makanan seperti mee goreng, luk-luk (sejenis makanan segera) dan nasi lalap

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, adik Abot tidak mempunya pengetahuan tentang ilmu perniagaan, dia hanya menggunakan group WhatSapp sebagai platform untuk memperkenalkan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, adik Abot banyak mengikuti kelas dan bengkel usahawan samada anjuran pusat Internet, agensi dan mahupun pertubuhan NGO.

USAHAWAN MENJUALMINUMAN DAN MAKANAN (D'LEPA COFFEE)

Nama : Adilina Saiddih
Umur : 39 tahun
Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Pn. Adilina memulakan perniagaan menjual minuman dan makanan sejak 2015 lagi. Perniagaannya tertumpu kepada jualan minuman  dan mempunyai jenama tersendiri iaitu D’Lepa Coffee.  Puan Adilina telah membuka gerai jualan yang terletak di Pekan Semporna. Perniagaanya berkembang daripada jualan luar talian kepada jualan dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli pusat internet Pn. Asna hanya menjual melalui atas talian dengan menggunakan aplikasi whatsap (Group) dan dropship. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, beliau mengikuti kelas keusahawanan iaitu kelas digital marketing anjuran pusat Internet dan kerjasama Mdec. Melalui kursus tersebut telah banyak memberi tunjuk ajar dengan mempromosikan jualan online dengan mengunakan page facebook (D’Lepa Coffee).

 

 

USAHAWAN PENDUALAN PRODUK (DROPSHIP)

Nama : Junainah Binti Kiram
Umur : 36 tahun
Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Puan Junainah atau lebih dikenali sebagai kak ainah, memulakan perniagaan menjadi agen dropship produk. Selain itu dia juga berkecimpung secara kecil-kecilan menjual sambal lada goreng. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Puan Junainah tidak mempunya pengetahuan tentang ilmu perniagaan, dia hanya menjual dan mempromosi jualan melalui facebook persendirian. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, Puan Junainah banyak mengikuti kelas-kelas keusahawanan di Pusat Internet, seperti kelas membuat coklat moise dan ais krim untuk menambah lagi ilmu pengetahuannya.

USAHAWAN MENANAM ANGGUR DAN BUAH-BUAHAN

Nama : Zulhamid Bin Sahadain
Umur : 65 tahun
Ahli

: 2018

 

Latar belakang

En. Zulhamid Bin Sahadain memulakan perniagaan pertanian menanam buah anggur dan buahn-buahan tempatan sejak 10 tahun yang lalu. Dahulunya En. Zulhamid hanya menanam buah magga, namun setelah mendapat ilham beliau meluaskan lagi tanaman kebun buah-buahannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menjadi ahli pusat internet En. Zulhamid hanya menggunakan telefon sebaga medium pormosi dan pemasaran. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menjadi ahli pusat internet, pihak pusat internet memberi tunjuk ajar dengan mempromosikan perkhidmatan beliau secara efeksyen iaitu mengunakan page facebook (Kebun Anggur)