USAHAWAN WARUNG MAKANAN

Nama Widyanah Bt Syamsuddin
Umur : 31 tahun
Ahli : 2018


Latar Belakang
 

Widyanah Bt Syamsuddin merupakan anak jati Kg. Ungkuraya yang terletak sekitar radius 7KM daripada Pusat Internet Kg. Tagasan Tani. Beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan membuka warung makanan. Warung tersebut diberi nama “ Warung Tepi Jalan”. Pada mulanya, beliau membuka warung di Jalan Kunak dan seterusnya berpindah ke Semporna beliau tetap meneruskan perniagaan warung makanan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Widyanah Bt. Syamsuddin memperkenalkan servis dan perkhidmatan melalui apliksi mudah ahli (Facebook dan whatsapp) Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, pihak pusat internet memberi tunjuk ajar dengan mempromosikan perkhidmatan beliau secara efesyen iaitu mengunakan page facebook.

 USAHAWAN SOLEKAN 

Nama : Norfatiha Binti Max
Umur : 31 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Cik Puan Norfatiha binti max merupakan anak ke-5 dari enam orang. Merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Ibtihal binti Osman. Cetusan idea nama Febbylicioux diambil daripada gabungan nama ibu dan anak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli pusat internet cik norfatiha memperkenalkan servis dan perkhidmatan solekan melalui appliksi mudah ahli (instargram,whatsapp dan wechat). 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, pihak pusat internet memberi tunjuk ajar dengan mempromosikan perkhidmatan beliau secara efesyen iaitu mengunakan page facebook (Febbylicioux Art) dan beliau juga merupakan pengguna aktif.