USAHAWAN WARUNG MAKANAN

Nama Widyanah Bt Syamsuddin
Umur : 31 tahun
Ahli : 2018


Latar Belakang
 

Widyanah Bt Syamsuddin merupakan anak jati Kg. Ungkuraya yang terletak sekitar radius 7KM daripada Pusat Internet Kg. Tagasan Tani. Beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan membuka warung makanan. Warung tersebut diberi nama “ Warung Tepi Jalan”. Pada mulanya, beliau membuka warung di Jalan Kunak dan seterusnya berpindah ke Semporna beliau tetap meneruskan perniagaan warung makanan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Widyanah Bt. Syamsuddin memperkenalkan servis dan perkhidmatan melalui apliksi mudah ahli (Facebook dan whatsapp) Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, pihak pusat internet memberi tunjuk ajar dengan mempromosikan perkhidmatan beliau secara efesyen iaitu mengunakan page facebook.