Tarikh    : 12 Oktober  2019

Lokasi   : Sekolah Kebangsaan Bukit Lalang, Semporna

Peserta : 100 Pelajar

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah tentang kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Semporna dengan kerjasama SMK Tagasan dan dihadiri oleh 30 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Daerah Semporna.

Aktiviti

Aktiviti Pusat Internet Kluster adalam menerima jemputan untuk mengadakan pameran dan slot ceramah berkenaan Klik Dengan Bijak yang menyentuh topik cyber bully, cyber grooming, mengurus jejak digital dan game online (Kahoot.IT)

Klik Disini

Tarikh    : 23 September  2019

Lokasi   : Sekolah Kebangsaan Pokas, Semporna

Peserta : 26 Murid

 

Tujuan

Program ini bertujuan memberi kesedaran tentang keselamatan menggunakan internet dan mendidik murid-murid darjah untuk menjadi pengguna internet yang bijak.

Aktiviti

Aktivit yang dijalankan adalah taklimat kdb, cyberbully dan online grooming.

Klik Disini

Tarikh    : 18 Ogos  2019

Lokasi   : Pusat Internet Kg Tagasan

Peserta : 20 Peserta

 

Tujuan

Kursus Pemasaran Digital menggunakan media sosial facebook personal dan advertising. Kursus ini dihadiri oleh golongan wanita daripada Pertubuhan Kasih Bonda Semporna.

 

Aktiviti

Aktivit yang dijalankan adalah memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan mereka sejauh mana mereka menggunakan instagram dan shopee untuk tujuan memasarkan produk jualan.

Klik Disini

Tarikh    : 6-8 September  2019

Lokasi   : Borneo Royale Hotel, Tawau

Peserta : 50 Peserta

 

Tujuan

Bengkel MIV Bersama komuniti ini adalah menjadikan masyarakat celik digital dengan kemudahan ICT yang telah di sediakan oleh kerajaan, menambah baik aktiviti harian dalam urusan sosial masyarakat serta menyumbang potensi besar dalam bidang perniagaan secara atas talian.

Aktiviti

Aktivit yang dijalankan adalah taklimat KDB, Mobile e-Waste, ceramah dari Pejabat Pos Malaysia, Bengkel Asas Fotografi dan Videografi.

Klik Disini

Tarikh    : 17 Ogos  2019

Lokasi   : Pusat Internet Kg Tagasan

Peserta : 20 Peserta

 

 

Tujuan

Kursus Pemasaran Digital menggunakan media sosial facebook personal dan advertising. Kursus ini dihadiri oleh golongan wanita daripada Pertubuhan Kasih Bonda Semporna.

 

Aktiviti

Aktivit yang dijalankan adalah memberi pendedahan tentang penjualan barangan menggunakan akaun facebook dan instagram tanpa perlu mengeluarkan modal ang banyak. Selain itu, turut diadakan advokasi "Chieck your label" dan promosi serba sedikit tentang MyTV kepada peserta-peserta yang terlibat.

Klik Disini