Tarikh   : 5 Mei 2018

Lokasi  : Dewan Serbaguna Kg Sukau

Peserta : 316 Peserta

Tujuan

Pada Tarikh 5 mei 2018, PI Tagasan serta bersama 3 PI dari Kinabatangan telah menganjurkan Hari Bersama Komuniti dan Majlis Perasmian yang di rasmikan oleh wakil daripada Ahli Dewan Undangan Negeri serta dihadiri oleh para tetamu jemputan yang terdiri daripada komuniti kampung sekitar Kampung Sukau.

Aktivti

Sepanjang hari bersama komuniti, antara aktiviti yang di jalankan adalah aktiviti pertandingan(mewarna kategori kanak-kanak, pertandingan menaip terpantas. Selain itu, Terdapat itu wakil dari pi1m memperkenalkan aplikasi Sebenarnya.my. Majlis perasmian ini telah disempurkan oleh Datuk Saddi Hj Abdul Rahman Selaku pengurusi operasi pembangunan desa daerah sukau.

Klik Disini

Tarikh   : 22 April 2018

Lokasi  : PI Tagasan Tani

Peserta : 8 orang

 

 

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada beliawanis dan pelajar Sijil Pra-Universiti. Tujuan kelas ini di buat adalah memberi pendedahan tentang cara-cara penyuntingan video mengikut kreativiti para peserta. Peserta diberi praktikal oleh tenaga telah di jemput oleh pihak PI.

 

Aktiviti

Para peserta diajar mengenai cara memasukkan video, lagu dan mengubahsuai video yang telah sediakan oleh pengajar. mengguna software vegas pro. 

 Klik Disini

 

Tarikh   :18 Februari 2018

Lokasi  : PI Tagasan Tani

Peserta : Penduduk komuniti kg tagasan

 

Tujuan

Pada tarikh 18 Februari 2018, Komuniti kampung Tagasan tani telah mengadakan Mesyuarat bersama Komuniti Kampung untuk melantik Ahli Jawatankuasa Induk Pusat Internet. Mesyuarat dihadiri oleh Ketua Kampung, JKKK Kampung serta komuniti kampung yang terdiri daripada beliawanis seramai 18 orang.

 

Aktiviti

Perlantikan AJK ini sebagai persediaan dan persiapan untuk program Hari Perasmian/ Hari Bersama Komuniti yang dijangka berlangsung pada 22 Mac 2018. Antara agenda yang telah dibincangan bersama adalah melantik AJK Makanan, Protokol, Hiasan Pentas, Logistik dan AJK Kebersihan. 

Klik Disini

 

Tarikh   : 19 April 2018

Lokasi  : SMK Tagasan Semporna

Peserta : 518 Pelajar

 

Tujuan

Program Jelajah Didik ICT (JDI) telah dijalankan pada 19 April 2018 bertempat di SMK Tagasan Semporna. Seramai 518 orang pelajar yang menghadiri program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Program ini dijalankan dua sesi bagi setiap dua jam yang pertama.

 

Aktiviti

Program ini menjurus kepada pengenalan Advocacy Klik Dengan Bijak (KDB) dan menekankan isu berkaitan pengenalan Pi1M dan Penggunaan Dashboard Komuniti, gejalah Cyber Bully, Cyber Grooming, Cyber Stalking dan Pemalsuan Maklumat. Aktiviti turut diselitkan dengan soal jawab secara spontan kepada para pelajar.

 Klik Disini

 

Tarikh   : 24 Februari 2018

Lokasi  : SMK Bugaya

Peserta : 190 Pelajar

 

Tujuan

Program Jelajah Didik ICT (JDI) telah dijalankan pada 24 Februari 2018 bertempat di SMK Bugaya Semporna. Seramai 190 orang pelajar yang menghadiri program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4, 5 dan Pra-U.

 

Aktiviti

Program ini menjurus kepada pengenalan Advocacy Klik Dengan Bijak (KDB) dan menekankan isu berkaitan gejalah Cyber Bully, Phishing, Pemalsuan Maklumat dan Over Sharing maklumat. 

Klik Disini