Tarikh : 21 Januari 2023 Lokasi : PEDi Kg Tagasan Tani Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas ICT microsoft office(asas) ini dijalankan untuk membantu dan memberi pendedahan kepada remaja yang kurang mahir menggunakan asas microsoft office.
Aktiviti
Aktiviti yang di jalankan sepanjang kelas ICT adalah cara-cara mengunakan microsoft word,excel dan powerpoint.
Tarikh : 18 September 2022 Lokasi : PEDi Kg Bubul Lama Peserta : 16 Orang |
Tujuan
Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih.
Aktiviti
Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan dalam mengendalikan makanan untuk tujuan komersial atau jualan dan bayaran hanyalah RM50.
Tarikh : 15-17 Julai 2022 Lokasi : Pekan Daerah Semporna Peserta : Melebihi 1000 Orang |
Tujuan
Sambutan Pesta Regatta Lepa kali ke-27 Tahun 2022 disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin. Penglibatan merangkumi jabatan kerajaan, agensi kerajaan, NGO serta wakil-wakil pusat ekonomi digital (pedi) daerah semporna.
Aktiviti
Aktiviti menarik antaranya pameran agensi, kuiz online dan jualan produk usahawan dibawah bimbingan Pusat2 Ekonomi Digital (PEDi) Kluster daerah Semporna dan juga Rakan digital bagi semua PEDi di daerah Semporna bersama mcmc.
Tarikh : 24 Ogos 2022 Lokasi : PEDi Kg Tagasan Tani Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas ICT membuat poster kemerdekaan menggunakan aplikasi Postermywall.com
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah kelas ict dan kuiz kahoot sempena bulan kemerdekaan.
Tarikh : 21 Mei 2022 Lokasi : Pusat Internet Kg Tagasan Tani Peserta : 2 Peserta |
Tujuan
Kelas ICT dijalankan iaitu memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menghasilkan resume digital. Kelas ini fokus kepada pelajar lepasan tingkatan lima agar mereka bersedia dalam mencari pekerjaan yang sesuai.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah menghasilkan resume/ CV menggunakan Canva.com