Tarikh: 28 Januari 2018

Lokasi: PI TAGASAN

Peserta: 8 orang

 

Tujuan

Pada tarikh 28 Januari 2018, PI Kg. Tagasan Tani telah mengadakan Kursus Solekan (Asas) yang dikelola oleh tenaga pengajar Febbylioucx. Kursus ini dihadiri oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pi dan komuniti luar. Objektif utama program ini adalah untuk memberi latihan dan memantapkan penampilan dan keyakinan diri.

 

 Aktiviti

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini adalah peserta diajar cara-cara asas solekan dan tenaga pengajar membuat sesi demonstrasi makeup (Model) kepada para peserta yang hadir. Setelah itu, para peserta pula diminta untuk mengaplikasikan teknik dan pemakaian makeup sendiri. Disamping itu juga, Pengurus Pusat Internet turut menyelitkan sesi penggunaan fb adds sebagai medium mempromosikan produk dan kemahiran masing-masing. Di akhir program, semua peserta bersama team Febbylioucx mengadakan sesi photoshoot dan bergambar beramai-ramai.

 Klik Disini