Tarikh :25 Februari 2018 Lokasi : PI Tagasan Tani Peserta : 10 Pelajar |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada beliawanis dan pelajar Sijil Pra-Universiti. Tujuan bengkel ini diadakan pada setiap hujung minggu adalah adalah untuk memberi latihan pemantapan diri, memberi pendedahan dan kaedah serta teknik penggambaran.
Aktiviti
Para peserta diajar mengenai asas dan teknik-teknik penggambaran. Peserta juga telah diberikan modul dan nota sebagai rujukan. Terdapat dua sesi dalam pengajaran, sesi pertama jam 10-11 pagi peserta diberi penerangan berkenaan asas fotografi (indoor) sesi ini dijalankan di dalam bilik training. Setelah itu sesi kedua jam 11-12 tgh hari pula peserta di bawa keluar (outdoor) dan diajar secara praktikal tentang cara-cara mengambil gambar dengan betul.