Tarikh    : 25 Julai 2020

Lokasi   : Pusat Internet Kg Tagasan Tani

Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Kelas Pemasaran Digital dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada usahawan bagaimana memasarkan produk dan barangan menggunakan platform shopee dan lazada. Seramai 5 orang peserta yang telah mengikuti kelas yang mana setiap peserta adalah usahawan yang menjual online menggunakan Facebook dan Cash on Delivery sahaja. Setelah mengikuti kelas ini, peserta dapat mempelajari cara-cara membuka akaun dan menjual di Shopee dan Lazada.

 

Aktiviti

Menunjukan cara-cara membuat akaun dan memasukan produk kedalam Shopee dan Lazada.

 

Klik Disini

Tarikh    : 12 Februari 2020

Lokasi   : SK Pulau Mabul

Peserta : 220 Pengunjung

 

Tujuan

Pusat Internet Kluster Semporna telah menjalankan Program Jelajah Didik ICT bersama pelajar SK Pulau Mabul. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keselamatan jenayah siber. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada warga pendidik SK Pulau Mabul di atas kerjasama yang diberikan sepanjang progam ini berlangsung.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program diantaranya memberi pendedahan mengenai Buli Siber, LDK iaitu Mini Explorace dan Puzzle

Klik Disini

Tarikh    : 07 Disember  2019

Lokasi   : Pusat Internet Kg Tagasan

Peserta : 143 Pengunjung

Tujuan

Pada Tarikh 7 disember 2019, PI Tagasan Tagasan Tani telah menganjurkan Hari Bersama Komuniti dan Majlis Perasmian yang di rasmikan oleh Penolong Pegawai Pentadbiran Daerah Semporna, En. Muhammad Bin Harun. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara komuniti setempat selain memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai kebolehsambungan agar operasi Pusat Internet dapat berjalan mengikut matlamat yang telah ditetapkan.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program diantaranya pertandingan ict, kelas e-pembelajaran, pertandingan sukaneka bersama pusat internet kluster, taklimat klik dengan bijak dan mobile ewaste. Taklimat daripada agensi kerajaan dan swasta serta pameran booth agensi.

Klik Disini

Tarikh    : 11 Januari 2020

Lokasi   : Pusat Internet Kg Tagasan

Peserta : 115 Pengunjung

 

Tujuan

Pada Tarikh 11 Januari 2020, PI Tagasan Tagasan Tani telah menganjurkan Program Lestari ICT Dan Cakna Kesihatan yang di rasmikan oleh Ketua Kampung Tagasan, En. Abdul Kafrah Bin Abdul Rajah. Program ini bertujuan untuk melestarikan Pusat Internet sebagai Pusat ICT dan kesihatan. Mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi kerajaan dan badan-badan NGO. Selain mewujudkan komuniti yang mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran yang bersih.  

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program diantaranya pertandingan ict, kelas e-pembelajaran, pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan dan taklimat mobile e-waste serta pertandingan sukaneka.

Klik Disini

Tarikh    : 11 Oktober  2019

Lokasi   : Tanah Perkuburan Wakaf dan Masjid Saidina Abu Bakar, Kg

               Tagasan Tani

Peserta : 180 Pelajar

 

Tujuan

Program khidmat komuniti anjuran SMK Tagasan dengan kerjasama Malaysia ICT Volunteer Pusat Internet Kg. Tagasan Tani. Program ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar tingkatan tiga setelah mereka tamat penilaian pentaksiran PT3.

 

Aktiviti

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini adalah membersihakn tanah perkuburan wakaf, membersihkan Masjid Saidina Abu Bakar dan memasak bubur ayam, bersama-sama komuniti kampung.

Klik Disini