Nama NORLIZAH BINTI RAMLEH
Umur : 31 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang 

Norlizah Binti Ramleh merupakan anak jati Kg. Kubang Baru yang terletak sekitar radius 5KM daripada Pusat Internet Kg. Tagasan Tani. Beliau merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik. Beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan online iaitu menerima tempahan kek dan brownies daripada rakan-rakan terdekat. Sebelum memulakan langkah perniagaan, beliau tidak pernah mengikuti kursus anjuran agensi kerajaan atau kelas pembelajaran persendirian. Beliau hanya mempelajari teknik membuat dan mendekorasi kek melalui google dan youtube. Setelah memperolehi serba sedikit ilmu, beliau mula membuat kek, dan brownies dari rumah. Pada awal tahun 2018, beliau mula mengorak langkah mengiklankan perniagaan melalui Whatsap Group dan Facebook untuk menerima tempahan daripada rakan yang terdekat. Setelah itu, beliau juga mempromosikan kepada penduduk kampung yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norlizah Ramleh memperkenalkan servis dan perkhidmatan melalui appliksi mudah ahli (Facebook dan whatsapp) Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, pihak pusat internet memberi tunjuk ajar dengan mempromosikan perkhidmatan beliau secara efesyen iaitu mengunakan page facebook.