Mula menjinakkan diri dalam bidang solekan sejak September 2017 setelah mengikuti pelbagai kursus kecantikan asas dan advance make up yang diadakan di Daerah Semporna. Beliau berkecimpung dalam bidang usahawan setelah memiliki kemahiran dan latihan kendiri dari rumah, telah dipanggil membuat kelas makeup yang di anjurkan di Pusat Internet Kg. Tagasan Tani (PI). Di PI juga telah diajar serba sedikit tentang marketing bagaimana mempromosikan makeup melalui fb live dan fb Ads. Seterusnya mencabar diri sendiri untuk menerima tempahan dan undangan makeup pengantin dan majlis tunang. Berharap suatu hari nanti akan lebih maju dan berjaya pada masa akan datang.
Bersama Peserta Kelas Solekan